Monday, April 28, 2014

CARA RAWAT BATU KARANG

CARA RAWAT BATU KARANG
by suriani.mohd.ajhar@gmail.com


Apakah yang dikatakan batu karang?

Batu karang adalah batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang", yang merupakan tumbuhan kristal halus terdiri dari beberapa jenis bahan kimia. Bahan kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. 

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. 

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan gangguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. 

Apakah tanda-tandanya ? 

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. 

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 

Bagaimana cara merawati?  

Rawatan penyakit batu karang ini berbeza mengikut keadaan. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka rawatannya ialah dengan mengelakkannya dari terus berlaku. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. 

Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. 

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

Apakah vitamin shaklee yang disarankan untuk pesakit batu karang?

Jom kita tengok vitamin shaklee yang disarankan untuk pesakit batu karang dan telah terbukti berkesan :

1) B-Complex - menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang
2) Vitamin C - mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid
3) OsteMatrix - mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang
4) Alfalfa Complex - mengurangkan infeksi & inflamasi
5) Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
6) Lecithin - membekar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang


Anda ingin mendapatkan vitamin shaklee untuk masalah batu karang ini?

Boleh dapatkan dari saya dengan menghubungi :
telefon : 016-9673257
Facebook : suriani mohd ajhar
Fanpage : pusat vitamin keluarga

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Followers