Thursday, February 27, 2014

VITAMIN C TERBAIK

VITAMIN C TERBAIK
by suriani.mohd.ajhar@gmail.com        tel 019-9673257

Tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin c sendiri, sedangkan tubuh manusia memerlukan pengambilan vitamin c setiap hari. Tambahan pula vitamin c larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu kita mengambil vitamin c setiap hari. Vitamin c tidak memberi kesan toksik.



Tahukah anda?
- 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C
- keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C
- kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak
- terlebih dos vitamin (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit-birit

Vitamin C dari buah?
Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin c. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Perbezaan vitamin c shaklee
"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin C telah direka oleh shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan buah oren termasuk kulitnya(500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap 1 jam. Ini bermakna, setiap 1 tablet vitamin c shaklee, akan membekalkan vitamin C kepada badan manusia selama 5 jam. Setiap tablet mengandungi 120mh bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai vitamin c complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin c di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.


Manfaat vitamin C

♥membentuk kolagen - merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

♥mencantikkan kulit - ambil vitamin c setiap hari untuk kulit lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

♥peningkatan sistem imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik,membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkat daya tahan terhadap alergi hidung dan mulut, serta mengurangkan risiko asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.

♥memperbaiki simptom pendarahan - kekurangan vitamin c menyebabkan gusiberdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

♥memerangi kanser - ia adalah antioksidan yang mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

♥memperbaiki insomnia - memperbaiki insomnia, tekanan perasaan berkaitan mental seperti keresahan.

♥mengekalkan kolesterol sihat - mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat,menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan setebral dan skurvi.

Ingin mendapatkan vitamin C terbaik dari shaklee? Anda boleh hubungi saya di talian 019-9673257. Harga menarik dan sangat jimat menanti anda!

Wednesday, February 26, 2014

KENAPA ZINK PENTING UNTUK SUAMI YANG NAK ANAK?

Kenapa zink penting untuk suami yang nak anak?
By suriani.mohd.ajhar@gmail.com     tel : 019-9673257

Zink adalah salah satu mineral yang sangat penting untuk suami. Zink dikatakan sebagai the ultimate sex untuk suami kerana zink dperlukan oleh lebih 200 enzim dan protin penting bagi lelaki untuk membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan sperma. Antara kesan jka kekurangan zink adalah penurunan hormon testosteron, pengecutan testis dan sperma yang lemah.

Zinc sgt penting utk kesuburan lelaki dan mematangkan sperma, terutama bagi suami yang terdedah dengan tembakau. Tembakau adalah tumbuhan yg menyerap logam dan logam yg paling byk diserap adalah kadmium. Kadmium ini pula mempunyai ikatan kimia yang seakan-akan zinc, dan bagi suami yang merokok, kadmium yg ada di dalam tembakau tadi akan menggantikan tempat zinc disebabkan struktur ikatan kimianya yang hampir sama. Keadaan ini menyebabkan kandungan zink di dalam badan berkurang. Kerana itulah lelaki yang merokok sangat perlu mengambil zink sebagai supplimen tambahan untuk membantu sistem reproduksi mereka.

Haa jadi para suami, terutama yang merokok tu, kalau anda nak cepat2 ada baby, nak meninggikan kemungkinan untuk isteri anda hamil, tak salah anda mengambil zink sebagai supplimen tambahan.

Yang menariknya lagi, shaklee sedar akan kepentingan zink dalam diet harian lelaki mahupun perempuan. Disebabkan itulah adenye supplimen zink dari shaklee ni.

Sekiranya anda berminat mendapatkan produk shaklee yang semulajadi, selamat dan halal ini, anda boleh hubungi saya di talian 0199673257 atau add saya di Fb..

Tak rugi tau, sebabnya harga sebotol shaklee ni sangat mampu milik. Sebotol yang mampu bertahan sehingga 4bulan, itupun kalau ambil setiap hari, harganya hanya rm32.

Tuesday, February 25, 2014

PRODUK TERBAIK UNTUK BERPANTANG

PRODUK TERBAIK UNTUK BERPANTANG
by suriani.mohd.ajhar@gmail.com tel : 019-9673257

Produk terbaik untuk berpantang pasti menjadi keutamaan ibu-ibu yang sedang hamil dan bakal melahirkan bayi. Produk terbaik untuk berpantang seharusnya merangkumi kebaikan untuk keseluruhan proses berpantang. Luka bersalin cepat sembuh, wajah ibu sentiasa kelihatan berseri2, ibu sentiasa sihat dan bertenaga, susu ibu banyak mencurah2, bayi pula sentiasa selesa dan sihat.



Shaklee, adalah pilihan terbaik ibu2 berpantang.. Suatu perkara yang anda perlu tahu, set berpantang shaklee adalah semulajadi, selamat, berkesan, halal dan tiada campuran bahan sintetik atau bahan kimia. 

Jom kita lihat bagaimana set berpantang shaklee ini bertindak dan memainkan peranan penting sepanjang proses anda berpantang.

SET BERSALIN SHAKLEE mengandungi 4 supplement utama dan boleh ditambah dengan OSTEMATRIX bagi mengelakkan sembelit, ALFALFA untuk kesihatan dalaman terutamanya rahim dan juga ESP untuk bekalan protein dalam badan.


1. Vitalea - Mengandungi zat besi sebanyak 18mg bersama 23 vitamin dan mineral penting yang dperlukan ibu berpantang. Kenapa zat besi penting? Sebab zat besi berperanan untuk mengangkut oksigen dalam darah. Bila semua sel dalam badan mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi, badan akan rasa lebih bertenaga dan sihat.

2. B-complex - Fungsi vitamin bcomplex adalah untuk menukarkan makanan kita kepada tenaga ketika proses metabolisme. Vitamin bcomplex juga adalah vitamin yang penting untuk mengelakkan stress semasa berpantang. Disebabkan vitamin ini tidak disimpan dalam badan, jadi ia diperlukan setiap hari.

3. Vitamin C - Kepentingan vitamin C untuk ibu pantang adalah bagi menjaga kesihatan gusi, tulang dan pembentukan tisu baru serta menguatkan sistem imun. Kebanyakan ibu mengalami keguguran rambut selepas kelahiran. Salah satu punca juga adalah kerana kekurangan vitamin c. Kulit juga akan menjadi kering dan tidak bermaya. Vitamin c membantu dalam pembentukan kolagen bagi menyembuhkan semula tisu yang rosak semasa kelahiran. Vitamin C membantu penyerapan vitalea dengan lebih berkesan.

4. Zink - Membantu dalam penyembuhan luka. Jadi baik yang bersalin secara pembedahan atau normal, set berpantang shaklee adalah sesuai diambil. Zink jug membantu ibu-ibu pantang bagi mengelakkan rambut gugur selepas bersalin. Badan ibu yang mendapat bekalan nutrisi yang mencukupi boleh menghasilkan bekalan susu yang berkhasiat kepada anak.

5.ALFALFA - Sebagai milkbooster. Alfalfa juga bagus untuk mengecutkan rahim dan merapatkan faraj. Mengandungi phytoestrogen, bahan sama yg ditemui di dalam kacip fatimah. ALFALFA juga membantu mengatasi masalah keputihan.

6.ESP - Mengandungi protein dari non gmo soya yang mana protein sangat diperlukan dalam pemakanan kerana ia disalurkan dalam susu ibu dan tentu sekali faedah itu akan diperolehi oleh bayi juga. Tidak hairan lah bayi dapat tidur lebih lena dan lama. ESP juga bertindak sebagai milkbooster juga memekatkan susu ibu agar bayi lebih kenyang. Protein yang terdapat di dalam esp juga penting untuk penyembuhan luka akibat pembedahan dan untuk membina tisu baru.

7. OSTEMATRIX - Memberi bekalan kalsium dan magnesium yang mencukupi kepada ibu. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium sebelum tidur akan memberikan tidur yang lebih lena dan berkualiti. Ostematrix juga membantu mengelakkan sembelit yg sering dihadapi oleh ibu berpantang

Berminat mendapatkan set berpantang terbaik dari shaklee ini? Anda boleh dapatkannya dengan menghubungi saya di talian 019-9673257, email suriani.mohd.ajhar@gmail.com atau FB suriani bt mohd ajhar..

Sunday, February 23, 2014

KENCING MANIS KETIKA HAMIL

KENCING MANIS KETIKA HAMIL
by suriani.mohd.ajhar@gmail.com        no tel : 0199673257

Kencing manis(juga digelar diabetis) ketika hamil adalah satu keadaan yang sering mengganggu ibu hamil. Ibu hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidap kencing manis berbanding mereka yang tidak hamil. Anda akan disahkan menghidap kencing manis jika bacaan gula dalam darah anda adalah 7.8 mmol/L dan ke atas.



Apakah punca yang meninggikan risiko ibu hamil mendapat kencing?

Kencing manis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berperanan mengawal jumlah gula dalam darah. Semasa hamil, badan sepatutnya menghasilkan lebih insulin terutama dari pertengahan kehamilan danseterusnya. Masalah timbul apabila badan anda tidak boleh menyefiakan insulin tambahan ini, yang seterusnya akan mencetuskan kencing manis.


Bagaimana anda tahu anda mengidap kencing manis ketika hamil ?

Simptom diabetis adalah agak malap dan selalunya hanya dikenalpasti setelah membuat ujian OGTT(ujian toleransi glukosa oral). Walaubagaimanapun, anda boleh mengenalpasti simptom2 berikut sebagai tanda awal anda menghidap kencing manis ketika hamil.

1) keletihan
2) dahaga yang terlampau
3) kabur penglihatan
4) kerap membuang air kecil


Siapakah yang berisiko lebih tinggi mengidap kencing manis?

1) mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis
2) kenaikan berat badan yang melebihi skala sepatutnya
3) pernah melahirkan bayi yang besar sebelum ini, iaitu berat 4kg atau lebih
4) anda pernah menghidap kencing manis sebelum hamil


Risiko kencing manis pada ibu hamil;

1) tekanan darah meningkat semasa hamil
2) risiko terpaksa bersalin secara pembedahan lebih tinggi
3) jangkitan kuman semasa hamil
4) masalah kencing kotor
5) trauma kelahiran pada saluran bersalin
6) risiko menghidap kencing manis pada masa akan datang


Risiko pada bayi yang dikandung;

1) jaundice (penyakit kuning) yang berpanjangan
2) sesak nafas selepas lahir
3) jangkitan kuman pada bayi
4) bayi bersaiz besar, berat melebihi 4kg
5) paras gula dalam badan bayi rendah


Bagaimana merawat kencing manis ketika hamil?

1) diet yang khusus dengan berjumpa pakar pemakanan
2) senaman khas ibu hamil
3) pemeriksaan paras gula dalam darah secara harian
4) suntikan insulin


Apakah supplimen yang dicadangkan untuk membantu mengawal masalah kencing manis anda?

Ada beberapa vitamin shaklee yang sangat sesuai disarankan untuk ibu2 hamil yang mengalami masalah kencing manis iaitu ;


1) ESP - Minuman protein yang mempunyai indeks glisemik(GI) yang rendah yang dapat membantu mengawal insulin dalam darah.
2) OMega guard - asid lemak perlu yang meningkatkan lemak jenis baik (HDL) dalam darah.
3) Ostematrix - Sumber kalsium, magnesium dan mangan yang membantu mengelakkan gejala kencing manis.
4) B-Complex - Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga
5) Vitamin c - Mengukuhkan kapilari darah.
6) Vitalea - Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka.

Berminat mendapatkan set kencing manis ini?

Anda boleh hubungi saya di;
telefon : 019-9673257
facebook : suriani mohd ajhar
email : suriani.mohd.ajhar@gmail.com





Borang Daftar Ahli Shaklee

About Me

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Followers