Tuesday, March 25, 2014

#MH370#

MH370

Sesungguhnya Ia memberi hikmah yg besar kepada kita...

Beberapa rancangan lagha ditangguh@dibatalkan, alunan ayat suci al-quran berkumandang sepanjang hari (astro oasis), solat hajat, majlis tahlil, bacaan yaasin, ayat2 suci  Allah di masjid2 di mana2 stp hari..

Sesungguhnya Malaysia dah terlalu lame sepi dari semua ni..dah semakin hari semakin lagha..dah terlalu lame, mengingati Allah tp cukup2 mkn je..

Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang, Allah berikan dugaan besar supaya kita tidak terus terleka..supaya saya tidak terus terleka..kerana Allah menyayangi kita..

Saturday, March 15, 2014

PUNCA MUDAH PENAT DAN CARA MENGATASI

PUNCA MUDAH PENAT DAN CARA MENGATASI
by suriani.mohd.ajhar@gmail.com

Dalam kehidupan serba moden ini, segalanya memerlukan kepantasan dan masa. Ramai yang mengadu kepada saya mereka terlalu mudah penat. Hal ini perlu diatasi kerana ia akan mengganggu aktiviti harian anda dan bakal menjadikan hari anda kurang proaktif.




Antara punca mengapa kita mudah merasa penat dan kerap mengantuk adalah ;
  1. Tidak cukup tidur
  2. Kurang zat makanan
  3. Tekanan
  4. Mengambil kafein dalam kuantiti berlebihan
  5. Tidak mengambil sarapan pagi - 
  6. Dehidrasi
  7. Kurang darah merah (anemia)
  8. Penghidap kencing manis
  9. Penghidap penyakit kardiovaskular / sakit jantung 
  10. Penderita hypotiroid

Untuk mengatasi masalah mudah penat atau mudah letih ini, anda perlu memastikan yang anda :
  1. Mendapat tidur yang mencukupi setiap hari
  2. Mengambil makanan yang seimbang setiap hari
  3. Sentiasa mengawal tekanan dalam hidup anda dengan baik
  4. Tidak terlalu berlebihan dalam mengambil minuman atau makanan berkafein. Antara minuman berkafein ialah teh, kopi dan nescafe.
  5. Mesti mengambil sarapan pagi setiap hari
  6. Mengambil berat pengambilan air kosong dalam kuantiti mencukupi iaitu 2-3 Liter setiap hari.
  7. Mengambil makanan yang kaya zat besi dalam kuantiti mencukupi setiap hari. Antara makanan yang kaya zat besi ialah bayam, jagung, kangkung dan telur.
  8. Memastikan anda bebas daripada penyakit kencing manis, sakit jantung dan hypotiroid.
Walaubagaimanapun, masih ada satu kaedah bagi anda mengatasi masalah mudah penat ini iaitu dengan pengambilan makanan tambahan. Di Shaklee, kami menyarankan anda mengambil set makanan tambahan yang terdiri daripada ESP(Energizing Soy Protein), Vitalea, dan Performance Drink.

ESP (Energizing Soy Protein) merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol, dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya dan memberikan rasa kenyang yang lama.




Vitalea merupakan multi-vitamin seimbang dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. diambil secara harian, vitalea boleh : 
- Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh
- Menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata
- Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
- Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas.

Performance Drink merupakan minuman hidrasi tulen yang membekalkan tenaga dan mengelakkan dehidrasi. Ia merupakan pilihan ideal ahli sukan.
- Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.
- Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

Untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pembelian produk, anda boleh hubungi saya di ;
no telefon : 019-9673257
FB : suriani bt mohd ajhar
email : suriani.mohd.ajhar@gmail.com

Wednesday, March 12, 2014

MERAWAT SAKIT LUTUT DAN SENDI

MERAWAT SAKIT LUTUT DAN SENDI
by suriani.mohd.ajhar@gmail.com

Sakit lutut dan sendi adalah masalah yang sangat sinonim dengan golongan berusia. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna golongan muda tidak berisiko mengalami masalah sakit sendi dan lutut. Apakah yang dimaksudkan sendi? Gambar di bawah mungkin dapat membantu anda memahami apa itu sendi.


Sendi ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.

Osteoarthritis adalah nama lain bagi sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.


Lutut adalah bahagian sendi yang paling terdedah kepada masalah keradangan ini. Ini kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.


Tanda-tanda penyakit Osteoarthritis / sakit sendi :

  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  1. Mengalami kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi.
  1. Mengalami kebengkakan di bahagian sendi.
  1. Adanya pembesaran tulang sendi.

Bagaimanakah merawat sakit sendi ini?

Sakit sendi dan lutut sememangnya sangat mengganggu pergerakan kita Tetapi kini, anda tidak perlu risau lagi. Amalkan 3 kaedah ini, dan insyaa Allah, anda akan bebas daripada masalah sakit sendi dan lutut.


Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet (AJHT) memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu kita bergerak dengan lebih bebas. Kajian terkini menunujukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, zink, mangan, boron dan vitamin D. Kalsium sangat
 penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Untuk pelaburan kecil ini, hasilnya sangat besar.


Untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pembelian produk, anda boleh hubungi saya di ;
no telefon : 019-9673257
FB : suriani bt mohd ajhar
email : suriani.mohd.ajhar@gmail.com

Saturday, March 1, 2014

KAKI KEJANG KETIKA HAMIL

KEJANG KAKI KETIKA HAMIL
by suriani.mohd.ajhar@gmail.com      tel:019-9673257

Mengapa saya mengalami kejang kaki?

Agak merisaukan jika ketika hamil, anda kerap secara tiba-tiba kejang kaki dan tidak boleh bangun dari duduk atau baring, dan memerlukan seseorang untuk menenangkan kaki anda. Atau ketika berjalan, tiba-tiba terasa seperti urat kaki anda menegang. Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. 


Berikut ialah beberapa teori mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil:

★Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
★Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
★Berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih dan meningkatkan risiko kekejangan.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?

Apabila kekejangan berlaku:
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
  • Mandi dengan air suam atau letakkan botol air panas pada kaki yang mengalami kekejangan.
  • Mengamalkan pengambilan kalsium dan magnesium setiap hari.
Bagaimanakah saya dapat mengelakkan masalah kekejangan ini?
  • Minum banyak air.
  • Kurangkan pengambilan garam dalam makanan (makanan yang masin atau terlalu masin akan menyumbang kepada water retention dalam badan dan seterusnya menyebabkan bengkak pada buku lali)
  • Diet harian berasaskan sayur-sayuran, buah dan salad mungkin dapat membantu mengurangkan kekerapan kekejangan kaki berlaku.
  •  Amalkan pemakanan sihat terytama makanan-makanan yang mengandungi magnesium, kalsium dan vitamin C.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama dan duduk dengan kaki bersilang.
  • Ambil suplimen tambahan yang dapat memenuhi kekurangan nutrien dalam badan.
Saya tidak suka minum susu dan kurang mengamalkan pemakanan seimbang

Jangan risau, Shaklee sedar akan kepentingan kalsium dan magnesium. Di shaklee, kami mempunyai suplimen yang lengkap dengan kalsium dan magnesium pada nisbah yang diperlukan dan lengkap dengan vitamin D, boron, mangan, tembaga dan zink. Ia dipanggil OSTEMATRIX.

sms/whatsapp/wechatt 0199673257 untuk mendapatkan OSTEMATRIX anda sekarang! 


AWAS!!! Kalsium yang tidak disertakan bersama vitamin D tidak mampu diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu karang dalam ginjal atau pundi kencing.

About Me

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Followers