Sunday, February 23, 2014

KENCING MANIS KETIKA HAMIL

KENCING MANIS KETIKA HAMIL
by suriani.mohd.ajhar@gmail.com        no tel : 0199673257

Kencing manis(juga digelar diabetis) ketika hamil adalah satu keadaan yang sering mengganggu ibu hamil. Ibu hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidap kencing manis berbanding mereka yang tidak hamil. Anda akan disahkan menghidap kencing manis jika bacaan gula dalam darah anda adalah 7.8 mmol/L dan ke atas.



Apakah punca yang meninggikan risiko ibu hamil mendapat kencing?

Kencing manis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berperanan mengawal jumlah gula dalam darah. Semasa hamil, badan sepatutnya menghasilkan lebih insulin terutama dari pertengahan kehamilan danseterusnya. Masalah timbul apabila badan anda tidak boleh menyefiakan insulin tambahan ini, yang seterusnya akan mencetuskan kencing manis.


Bagaimana anda tahu anda mengidap kencing manis ketika hamil ?

Simptom diabetis adalah agak malap dan selalunya hanya dikenalpasti setelah membuat ujian OGTT(ujian toleransi glukosa oral). Walaubagaimanapun, anda boleh mengenalpasti simptom2 berikut sebagai tanda awal anda menghidap kencing manis ketika hamil.

1) keletihan
2) dahaga yang terlampau
3) kabur penglihatan
4) kerap membuang air kecil


Siapakah yang berisiko lebih tinggi mengidap kencing manis?

1) mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis
2) kenaikan berat badan yang melebihi skala sepatutnya
3) pernah melahirkan bayi yang besar sebelum ini, iaitu berat 4kg atau lebih
4) anda pernah menghidap kencing manis sebelum hamil


Risiko kencing manis pada ibu hamil;

1) tekanan darah meningkat semasa hamil
2) risiko terpaksa bersalin secara pembedahan lebih tinggi
3) jangkitan kuman semasa hamil
4) masalah kencing kotor
5) trauma kelahiran pada saluran bersalin
6) risiko menghidap kencing manis pada masa akan datang


Risiko pada bayi yang dikandung;

1) jaundice (penyakit kuning) yang berpanjangan
2) sesak nafas selepas lahir
3) jangkitan kuman pada bayi
4) bayi bersaiz besar, berat melebihi 4kg
5) paras gula dalam badan bayi rendah


Bagaimana merawat kencing manis ketika hamil?

1) diet yang khusus dengan berjumpa pakar pemakanan
2) senaman khas ibu hamil
3) pemeriksaan paras gula dalam darah secara harian
4) suntikan insulin


Apakah supplimen yang dicadangkan untuk membantu mengawal masalah kencing manis anda?

Ada beberapa vitamin shaklee yang sangat sesuai disarankan untuk ibu2 hamil yang mengalami masalah kencing manis iaitu ;


1) ESP - Minuman protein yang mempunyai indeks glisemik(GI) yang rendah yang dapat membantu mengawal insulin dalam darah.
2) OMega guard - asid lemak perlu yang meningkatkan lemak jenis baik (HDL) dalam darah.
3) Ostematrix - Sumber kalsium, magnesium dan mangan yang membantu mengelakkan gejala kencing manis.
4) B-Complex - Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga
5) Vitamin c - Mengukuhkan kapilari darah.
6) Vitalea - Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka.

Berminat mendapatkan set kencing manis ini?

Anda boleh hubungi saya di;
telefon : 019-9673257
facebook : suriani mohd ajhar
email : suriani.mohd.ajhar@gmail.com





No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Followers