Saturday, March 1, 2014

KAKI KEJANG KETIKA HAMIL

KEJANG KAKI KETIKA HAMIL
by suriani.mohd.ajhar@gmail.com      tel:019-9673257

Mengapa saya mengalami kejang kaki?

Agak merisaukan jika ketika hamil, anda kerap secara tiba-tiba kejang kaki dan tidak boleh bangun dari duduk atau baring, dan memerlukan seseorang untuk menenangkan kaki anda. Atau ketika berjalan, tiba-tiba terasa seperti urat kaki anda menegang. Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. 


Berikut ialah beberapa teori mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil:

★Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
★Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
★Berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih dan meningkatkan risiko kekejangan.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?

Apabila kekejangan berlaku:
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
  • Mandi dengan air suam atau letakkan botol air panas pada kaki yang mengalami kekejangan.
  • Mengamalkan pengambilan kalsium dan magnesium setiap hari.
Bagaimanakah saya dapat mengelakkan masalah kekejangan ini?
  • Minum banyak air.
  • Kurangkan pengambilan garam dalam makanan (makanan yang masin atau terlalu masin akan menyumbang kepada water retention dalam badan dan seterusnya menyebabkan bengkak pada buku lali)
  • Diet harian berasaskan sayur-sayuran, buah dan salad mungkin dapat membantu mengurangkan kekerapan kekejangan kaki berlaku.
  •  Amalkan pemakanan sihat terytama makanan-makanan yang mengandungi magnesium, kalsium dan vitamin C.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama dan duduk dengan kaki bersilang.
  • Ambil suplimen tambahan yang dapat memenuhi kekurangan nutrien dalam badan.
Saya tidak suka minum susu dan kurang mengamalkan pemakanan seimbang

Jangan risau, Shaklee sedar akan kepentingan kalsium dan magnesium. Di shaklee, kami mempunyai suplimen yang lengkap dengan kalsium dan magnesium pada nisbah yang diperlukan dan lengkap dengan vitamin D, boron, mangan, tembaga dan zink. Ia dipanggil OSTEMATRIX.

sms/whatsapp/wechatt 0199673257 untuk mendapatkan OSTEMATRIX anda sekarang! 


AWAS!!! Kalsium yang tidak disertakan bersama vitamin D tidak mampu diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu karang dalam ginjal atau pundi kencing.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Followers