Monday, May 4, 2015

7 PUNCA JERAGAT YANG WAJIB ANDA TAHU

Dalam proses kita menghilangkan jeragat, kita wajib tahu punca - punca terjadinya jeragat.

7 PUNCA JERAGAT YANG WAJIB ANDA TAHU

Punca Jeragat 1 > MATAHARI

Sinar matahari mengandungi sinar UB A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit.

Untuk hilangkan jeragat, punca utama ini mesti dibendung.

Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit.

Punca Jeragat 2 > KEHAMILAN

Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit ketika hamil.

Kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat.

Pada sesetengah ibu, jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga terus mengalami jeragat.

Punca Jeragat 3 > USIA

Apabila usia semakin meningkat, masalah jeragat juga semakin mudah terjadi.

Ini kerana kemampuan badan yang semakin rendah untuk menghasilkan kolagen.

Punca Jeragat 4 > HORMON TAK STABIL.

Jeragat sering mengganggu wanita, tetapi jarang-jarang terjadi kepada lelaki. Ini adalah kerana jeragat atau melasma juga berkaitan masalah hormon.

Dan boleh dikatakan wanita mengalami masalah hormon tak stabil lebih kerap berbanding lelaki

Punca Jeragat 5 > UBAT- UBATAN

Terdapat beberapa jenis ubat yang memberi ‘side effect’ pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel kulit baru dengan aktif. Ini punca jeragat yang jarang kita sedar.

Punca Jeragat 6 > WANGIAN

Pewangi, sabun wangi dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic‘ juga adalah antara punca terjadinya jeragat.

Oleh itu dicadangkan untuk memilih produk atau ubat yang lebih natural seperti suplemen.

Punca Jeragat 7 > HYPOTHYROIDISM

Ia juga dikenali sebagai keadaan dimana paras hormon tiroid rendah.

PUNCA JERAGAT PALING UTAMA

Dari 6 punca di atas, sinaran UV adalah punca jeragat yang paling besar.

Selain merosakkan sel, ada juga pendapat mengatakan sinar UV tersebut akan mengaktifkan sel ‘melanocytes’ untuk menghasilkan pigmen hitam dengan lebih banyak.

Berminat merawat masalah jeragat anda? Boleh watsapp saya di 019-9673257. Saya ada petua hebat untuk anda. :)

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Followers