Thursday, April 17, 2014

HAID TIDAK TERATUR! - Apakah punca, apakah kesan, dan bagaimana cara mengatasi?

HAID TIDAK TERATUR! - Apakah punca, apakah kesan, dan bagaimana cara mengatasi?
by suriani.mohd.ajhar@gmail.com             tel : 019-9673257

Kitaran haid yang teratur adalah sangat penting bagi seorang wanita. Ia adalah penanda tahap kesuburan yang baik bagi seorang wanita. Bagi wanita yang telah berkahwin, ia menjadi penunjuk utama menentukan waktu subur, atau menentukan kehamilan telah berlaku.

Bagaimanakah yang dikatakan kitaran haid tidak teratur?

Kitaran haid dikatakan tidak teratur apabila pusingan datang haid pada setiap bulan berbeza. Contoh :
   Januari - februari   ♥ 28 hari ♥
   Februari - mac   ♥ 40 hari ♥
   Mac - april   ♥ 20 hari ♥

Kitaran haid juga dikatakan tidak teratur apabila haid tidak datang pada setiap bulan.

Apakah faktor yang menyebabkan kitaran haid anda tidak teratur?

● KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.
KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. TAHNIAH!! \(^_^)/
BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
● MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid.

Apakah kesan haid yang tidak teratur?

Secara teorinya, wanita yg didatangi haid setiap bulan adalah wanita yg subur, di mana ovum matang yg berpotensi untuk disenyawakan 'dilepaskan' setiap bulan oleh ovari pada hari-hari tertentu (yg dipanggil sebagai 'hari subur'). Kebarangkalian untuk hamil adalah sehingga 90% sekiranya pasangan tersebut melakukan hubungan seks/intim pada 'hari-hari subur' seorang wanita. Justeru, wanita yg mempunyai kitaran haid tidak teratur, peluang untuk menentukan 'hari subur' menjadi lebih sukar. Secara tidak langsung, kebarangkalian untuk hamil juga adalah rendah.

Haid yang tidak teratur juga memberi petanda hormon tidak teratur. Hormon tidak teratur menyumbang kepada monopause pada usia lebih muda.

Bagaimana mengatasi masalah haid tidak teratur?

Bagi kebanyakan punca di atas, ia membawa kepada satu kesimpulan masalah, iaitu masalah hormon tidak stabil. Masalah hormon tidak stabil ini dapat diatasi dengan gla complex.


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. 

Pengambilan gla complex secara konsisten turut memberi kesan kepada kulit iaitu ia membantu mengatasi masalah jeragat, jerawat serta vitamin E di dalamnya membantu memudarkan parut dan menjadikan kulit semakin berseri-seri. Ha memang sangat tak rugi kan amalkan pemakanan gla complex ni.

Berminat mendapatkan GLA Complex ini?

Anda boleh hubungi saya di ;
No telefon : 019-9673257
Facebook : suriani mohd ajhar
Fanpage : pusat vitamin keluarga

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Followers