Sunday, December 25, 2016

JANGAN SOMBONG

{JANGAN SOMBONG}

Seorang perempuan bekerja di kilang daging..
Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku, akan tetapi nasib nya tidak baik, pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya..

Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk..

5 jam kemudian, sedang dia dalam helaan nafas kematian, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu..

Setelah itu, perempuan itu bertanya pak guard itu bagaimana dia boleh buka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya..

Pakcik itu menjawab : " Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi awak adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari anda meninggalkan kerja..

Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud..

Hari ini, sebagaimana anda bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya menyapa saya dengan sapaan ringkas " Hello "..

Tetapi malam ini selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar sapaan " bye.. Jumpa lagi esok.." Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang..

Setiap hari saya akan mengharap sapaan " hi " & " bye " dari anda kerana anda mengingatkan bahawa saya masih seorang insan..

Dengan tidak mendengar ucapan selamat tinggal hari ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu yang terjadi..

Sebab itu, pakcik mencari awak di merata tempat..

--------------------------------------------------------
Pengajaran untuk diri :

• Jadilah seorang yang merendah diri,
penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling..

• Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan..

• Hidup kita ini lengkap-melengkapi..
Kelebihan kita untuk melengkapi orang lain..
Kekurangan kita pula untuk orang lengkapi untuk menguatkan..

Wednesday, December 21, 2016

AKU LUPA

KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.

KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,

Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.

Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN...

Itulah KEBAHAGIAAN...

Friday, December 16, 2016

SIKAP...

Sikap...

Kisah Pertama : Seorang saudara lelaki bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah saudara perempuannya itu melahirkan seorang bayi yang comel.

"Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Saudara lelakinya berkata lagi, "Mana mungkin, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap memberikan hadiah untuk isteriku walau tiada alasan yang istimewa."

Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, terlihat isterinya sedang merajuk di rumah. Mereka berdua telah mengalami pertengkaran kecil. Selang beberapa bebulan kemudian, antara suami dan isteri ini terjadinya perceraian antara mereka.

Dari manakah punya masalah rumahtangga mereka? Dari ucapan dan pertanyaan kecil yang diucapkan oleh saudara lelaki kepada isterinya.

Kisah kedua : Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya.

"Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?”

Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut menghilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana mencuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya.

Kisah ketiga : Seorang kawan bertanya.
''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "2 ribu ringgit." "Hanya 2 ribu ringgit? Terlalu sedikit majikan kamu menghargai dirimu. Adakah cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Sejak saat itu dirinya membenci pekerjaannya. Lalu meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur.

Kisah keempat : Seseorang bertanya kepada makcik tua.

"Berapa kali anak-anak makcik datang mengunjungi makcik dalam sebulan? " Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "Wah keterlaluan sekali anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi."

Hati si makcik menjadi sedih. Sedangkan tadinya dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya. Makcik tadi mula menangis. Ini memburukkan kesihatan tubuhnya.

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan-pertanyaan di atas? Jagalah diri kita dari mencampuri kehidupan orang lain.
Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki.

Jika terus berperilaku seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini.
Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya?

Na'uzubillahi minn zaalik..
#Juga nasihat utk diri saya sendiri
#Semoga bermanfa'at.😊

About Me

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Followers